BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 15 September 2011

BALIK KAMPUNG

Wowcak! Ocopotcopot, aku pulak yang terperanjat.Haha sewel. Guess what, aku sekarang dekat kampung. Ooooo balik kampong oooo balik kampung, hati riang-komposer: sudirman, lirik: michealjackson Jujur aku cakap, bosan gila nak mati sebab family aku je yang ada dekat kampung ni. Time raya baru gempak sebab reramai berkumpul dekat sini. Justtoletyouknow, nenek sebelah ayah and mak aku ni act jiran so aku boleh duduk memana je aku suka tapi sekarang aku dekat rumah nenek sebelah mak atau lebih dikenali sebagai tom, heyeyeh \m/ kejab lagi pepetang aku rasa baru nak jalan kaki pegi rumah nenek belah ayah pulak atau dikenali sebagai snow white yang itu puteh. Peace yaw! Kalau nenek aku baca mati aku, karang tak pasal-pasal jari tengah naik : S gulp.
Time pagi-pagi dekat sini sejuk woh! Aku dengan kakak dah macam penguin betelur berebut kan selimut nipis tu.Nyamuk pun almaklumlah, darakula babi itu pun nak main hisap darah orang je yang dia tahu. Merah-merah badan aku dah macam terencat aku garu-garu. Sakit hati bah! Tapi kalau time petang, bukan nak bajet atau apa. Serious aku merasakan diri ini amat HOT. Haha. Panaslah.Baru aku paham sekarang kenapa orang tua suka pakai anak tudung je.Tadi aku Nampak ada dua ekor ayam lari-lari depan aku. Aku tahu dia saja je nak ajak aku main kejar-kejar dengan dia lerr tu, tak hengen aku.
Kalau diikutkan musim, sekarang musim buah-buahan dekat sini.Rambutan belambak-lambak dekat pokok nenek aku, durian and manggis bersepah dekat bawah tanah. Aku pelahap sampai kenyang dah ni. Blurrppp alhamdulilah, peeh bau durian. Pastu nenek aku boleh kupas lagi rambutan suruh aku makan lagi, memang buncit la aku nanti.
Teruja atau tak, atok aku ada basikal fixie! Betapa fixienya atok aku ni, kau orang punya atok ada? Muehehe. Fixie atok aku warna hitam : D aku selalu jugak ronda-ronda kampung naik basikal dia. Setakat ni pengalaman paling ngeri is bila bertembung dengan ayam turki bulalalakalam-bunyi ayam turki and angsa berkaki dua eeoooeeeooo. Mahu tak pasang full speed dekat kaki pecut naik fixie atok aku. Okay dah lah, nak dicerita pepanjang mahu tak berdarah tangan aku ni. Kbai.

No comments:

Post a Comment