BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 25 September 2011

The store!

Here we go, ok tadi kita orang pergi rumah mira fr. Dengan tujuan nak study group buat akaun la kunun but as usual memang tak menjadi. Tapi kitaorang study la jugak but tak banyak, then main je lebih. Pastu kita orang makan aisweem dekat rumah mira. woh! Sodap giloh! Haha. Nasib mira and wawa puasa. Then main punya main aku nak terkencing. Aku pergi toilet jab dekat belakang tu, balik je ruang tamu dia orang takda, buff buff bunyi tapak kaki anak dara lari manja-manja dekat atas aku dengar, supreme dia orang main nyorok-nyorok. Aku sergah dia orang dekat atas, kantoi nyorok tepi katil and seekor lagi belakang pintu. Dah macam pelarian GRO pun ada. Haha. Macam gila je empat ekor dia orang tu. Semua senyum macam kerang busuk je bila kantoi, tak matured langsung. haha

Dah alang-alang dekat atas, kita orang saja tawaf dekat atas rumah lagipun takda siapa dekat rumah tu and rumah mira fr tu pun besar! Kita orang nampak ada satu pintu bebentuk petak , besar dia maybe setengah dari pintu bilik asal. Saja buka pintu tu, pastu ada stor memang gelap nak mati tapi nasib ada lampu. Besar jugak la stor tu tapi mak oih, banyak barang-2 dekat situ. Sebab stor tu luas, aku dengan mira rasa macam best pulak masuk. Wawa pun join sekaki, boleh berdiri lagi. Kita-orang bergambar dekat situ sampai berpeluh-peluh, panas nak mati. Rasa macam dalam sauna pun ada. And aku rasa macam aku ni *elf. Manusia kecik tu. Sebab tempat tu macam benda tu. Aku pun dah tak faham apa aku merepek. Tapi dalam banyak-banyak gambar, semua muka aku nampak buruk.

Thursday, 15 September 2011

BALIK KAMPUNG

Wowcak! Ocopotcopot, aku pulak yang terperanjat.Haha sewel. Guess what, aku sekarang dekat kampung. Ooooo balik kampong oooo balik kampung, hati riang-komposer: sudirman, lirik: michealjackson Jujur aku cakap, bosan gila nak mati sebab family aku je yang ada dekat kampung ni. Time raya baru gempak sebab reramai berkumpul dekat sini. Justtoletyouknow, nenek sebelah ayah and mak aku ni act jiran so aku boleh duduk memana je aku suka tapi sekarang aku dekat rumah nenek sebelah mak atau lebih dikenali sebagai tom, heyeyeh \m/ kejab lagi pepetang aku rasa baru nak jalan kaki pegi rumah nenek belah ayah pulak atau dikenali sebagai snow white yang itu puteh. Peace yaw! Kalau nenek aku baca mati aku, karang tak pasal-pasal jari tengah naik : S gulp.
Time pagi-pagi dekat sini sejuk woh! Aku dengan kakak dah macam penguin betelur berebut kan selimut nipis tu.Nyamuk pun almaklumlah, darakula babi itu pun nak main hisap darah orang je yang dia tahu. Merah-merah badan aku dah macam terencat aku garu-garu. Sakit hati bah! Tapi kalau time petang, bukan nak bajet atau apa. Serious aku merasakan diri ini amat HOT. Haha. Panaslah.Baru aku paham sekarang kenapa orang tua suka pakai anak tudung je.Tadi aku Nampak ada dua ekor ayam lari-lari depan aku. Aku tahu dia saja je nak ajak aku main kejar-kejar dengan dia lerr tu, tak hengen aku.
Kalau diikutkan musim, sekarang musim buah-buahan dekat sini.Rambutan belambak-lambak dekat pokok nenek aku, durian and manggis bersepah dekat bawah tanah. Aku pelahap sampai kenyang dah ni. Blurrppp alhamdulilah, peeh bau durian. Pastu nenek aku boleh kupas lagi rambutan suruh aku makan lagi, memang buncit la aku nanti.
Teruja atau tak, atok aku ada basikal fixie! Betapa fixienya atok aku ni, kau orang punya atok ada? Muehehe. Fixie atok aku warna hitam : D aku selalu jugak ronda-ronda kampung naik basikal dia. Setakat ni pengalaman paling ngeri is bila bertembung dengan ayam turki bulalalakalam-bunyi ayam turki and angsa berkaki dua eeoooeeeooo. Mahu tak pasang full speed dekat kaki pecut naik fixie atok aku. Okay dah lah, nak dicerita pepanjang mahu tak berdarah tangan aku ni. Kbai.

Tuesday, 14 June 2011

ITS MY BIRTHDAY



Happy birthday to me, i smell like zombie , haa sambung sambung. Okay, aku tahu walaupun birthday aku dah lepas berhari-hari and aku baru nak mula topik ni , kisah? on the third of june-fara monstar are now sevonteen. OMAIGAD! Gila menakutkan! Aku dah tua! ouchh! Aku masih dara. Lets go with the story, Masa time malam tu, on second of june. Kan nak dekat pukul 12 tu dapat call free dari hotlink gift, aku bakal dapat call free dari hotlink? Walaweh, me loike. Haha. And sebab aku daftar hotlink bapak aku pakai kad pengenalan aku so ayah aku pun dapat call free tu sekali. So aku kasi la tahu dia yang dia pun dapat call free dari hotlink ke hotlink. Malam tu dalam 11.50 malam, aku dekat bilik dengan kakak. bapak aku call aku. Padahal duduk sebumbung ni, dia ingat dah dapat call free apa. Aku tak jawab la, baru nak terjah dia turun bawah cakap yang belum dapat lagi call free tu, dia terenyeh tanya kenapa tak angkat call? Errr , aku teringin nak cakap ‘sewel?’ tapi kurang hajor namanya tu. So sebagai anak yang solehah, ehem. Wahai ayahndaku yang perut penuh bulu, belum dapat call free lagi dong. Pastu ayah aku cakap yang fon dia dah pukul 12 padahal fon dia cepat sepuluh minit. Bermasalah betul.
Dalam pukol 12 lebih tu, mak aku ketuk bilik. Kakak aku yang bukak. Mak aku nyanyi lagu happy birthday sambil joget-joget. Mak oih, terencat apa memalam buta ni? Pastu aku suruh kakak aku cepat tutup pintu. Haha. Jahat kan? Tapi malam kemudian tu lagi dasyat. Aku kan dapat call free, dah tu apa lagi? Gayut la dol. Call sana sini, bangun orang solat subuh pukol 2 la apa la. Seronok yob. Yang kena dengan aku ialah the boboh atau kau orang boleh search dekat pesbuk, nama dia adib bobo. Dia selalu kena buli dengan kitaorang oleh kerana sikapnya yang pemalu ala sotong. Nak tahu macam mana aku kacau dia? Okay, mungkin bunyinya macam ni.
Kring-kring
The boboh: hello
Fara Monstar: karkushkroghardnsudhsxjsjmcidsfmcd the bobohhh!
The boboh: err siapa ni?
Fara Monstar: kaytsdgnuduiadmhasdjambdywsmyduaiwidyh adib bobohh!
The boboh: ehh gila, kau siapa?
Fara Monstar: reyuiaiufgihfmiagdaifnaieufhaef bobohh bobohhh!
Tuuuuut tuuuuut –the boboh off fon
Kemudian si boboh tu call aku balik, aku off than call dia balik sebab aku kan dapat call free. Tapi kali ni aku buat suara kartun. Tak sangka menjadi gila! Haha. Pastu si bodoh i mean si boboh ni hantar mesej ‘kau siapa? Dah la suara macam kartun. Haha’ macam tu la lebih kurang bunyi text tu. Pastu aku tak ingat apa belaku sangat. Tapi dah lepas kacau boboh, aku call mira, wawa, adik wawa, natra, amaal and ramai la lagi. Yang aku sebut ni membe yang aku call paling lama. Oh yeah i forgot, time lepas 12 lebih tu ayah aku dekat dalam bilik, dia call aku than nyanyi happy birthday sebanyak tiga kali and aku rasa macam nak jerit-jerit baling fon tu dekat luar tingkap. Tapi nasib baik aku tak buat.
Esok hari tu, semua macam biasa je. Takda pape pun beza macam hari yang selalu aku lalui. Bosan. Aku call orang than sebab penat sangat bercakap aku online memanjang. Malam tu parent aku beli KFC balik rumah, just nak celebrate ala kadar jela. Lagi pyn aku dah sevonteen roite? Buat apa nak ada topi pyramid atas kepala and kek hello kitty kalau dah tua bangka. Bagi aku, takyah celebrate pun takpa la. Walaupun punya family yang kurang siuman, kawan yang agak nerd and im happy with everything ;D

Thursday, 10 March 2011

Percaya cinta?



Ada yang mengatakan bahawa cinta is bolind, cinta pandang pertama, cinta can make you smile like a beruk mak yeh yeh, love can make life happy, cinta adalah everything, no money no love. Well mengikut hadis buatan aku, BULLSTITT ah woehh! Aku gelii pada cinta. Macam pengotor je cintan cintun ni. Okay foine! aku mengaku aku pernah la cinta sekor dua ekor makhluk. Happy? Erghhh -.-‘ tapi serious aku cakap kau orang. Living single and divorce are the besthurtiess ;) takpayah la nak cemburu buta dekat orang tak tentu pasal. Tak sakit hati. And the most rock and roll is FREEDOM! kita translate bahasa melayu KEBEBASAN hooo! Kan sonang nak paham sikit, tadi tergagap gagap eja f-r-e-e-d-o-m. Back to the chorus, cinta. Hmmm. Pernah kah anda? Takpayah nak berdolak daleeh aku tahu yes is the angsa;) best ke weeh bercinta? Tak rasa nak tergelak bila cakap ‘I love you’ apa dodol tuu? Aku setiap kali nak cakap i love you tu aku nak tergelak. Felaat maaa! Haha. Dah la, no more walky talky cintan sini, aku mahu solat. Bobai bitchers! Terimas sudi membaca kisah lagenda budak setan ni. byebye for now but not forever.
-the end-