BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 9 May 2012

Kampung

Hai asalamualaikum dan salam hormat kepada rakyat jelata btw gambar diatas itu bukan gambar saya, saya cilok dari google. Anyway, Guess what ? Kita sekarang dekat kampung ! Secara jujurnya aku bosan nak mati :/ suhu yang begitu panas dan lebih hangat dari hot fm. Kalau letak telur dekat tengah jalan memang boleh masak sampai hangit telur tu aku rasa. Rasa macam nak mandi air ice pun ada. Hanya meluangkan masa dengan melihat suasana kampung yang begitu retro. Oh lihat ! ada ayam dua ekor sedang belari dan bekejaran, sangat sweet :) oh tidaks! Ayam jantan rupanya dua-dua ekor tu, ew sangat gay. Anyway, sekarang ni aku tengah tunggu ahbong icecream untuk diserang. To be continue…

Wednesday, 15 February 2012

Pengalaman berkerja termasuk permanent gila

Dah lama sebenarnya aku berangan nak kerja ni dan akhirnya aku dapat juga kerja. Aku kerja dekat cheetah men dalam jusco. Aku first time kerja on the 31.december 2011, malam new year. So shift dia pun full lah, aku start kerja dari 9.30pagi sampai 12 malam. Fehhh memang lama gila, tapi memang tak rasa penat langsung sebab aku pun tak faham kerja apa yang aku buat. Just susun baju sikit-sikit pastu tulis cash memo sikit pastu merayau ke counter kawan aku selebihnya. Haha.
Tapi yang tak bestnya dapat permanent yang gila, nama diprivatekan. Antara faktor aku tak suka dia ialah:

1. Umur dia dah 42tahun and bila aku panggil dia makcik dia marah dia suruh aku panggil dia AKAK -..- pipi pun dah kedut sejuta ada hati nak panggil akak. Puiii! Haha. Jahat gila aku ni*masalah perasan muda.

2. Dia marah kalau aku kalau merayau tapi yang aku benggangnya dia boleh pulak. Padahal costomer takda langsung, and aku duduk dekat counter tu jam demi jam menghadap baju yang semuanya dah tersusun. *mengambil kesempatan atas orang lain

3. Dia suka perintah orang buat kerja situ sini kerja tapi dia tak buat kerja dan suruh aku check stock padahal tu kerja permanent bukan part time. *curi tulang

4. Kerja paling gila dia pernah buat ialah ok ni mungkin panjang sikit cerita dia. Ada satu harini aku tengah sembang-sembang nerd dengan dia. Pastu dia cakap baju uniform yang jenama kitaorang kerja tu buruk and cutting dia cutting lelaki. Aku admit memang buruk pun, pastu dia cakap ‘nak jugak akak pakai baju ni’ *dia tunjuk kearah baju yang kitaorang jual tu. Aku pun gelak jelah, aku ingatkan dia gurau. Esok hari tu dia pakai betul. Memey gila lah! kalau supervisor datang dia boleh kena pecat. Pastu dia suruh aku pakai. Erghhh gila ! dia siap ugut-ugut aku pulak. Pastu aku cakap dekat dia ‘kak, kalau akak nak pakai akak pakailah, saya tak berani’ dia marah aku’kau ni, pagi-pagi dah buat akak hanggiiiiin’ aku cakap ‘tapi ni macam mencuri’ akak tu cakap ‘kita bukan mencuri bila balik kita pulang lah balik’ aku still dengan pendirian aku ‘saya taknak lah kak’ terus dia tukar baju dia. Korang boleh bayangkan ke tak macam-macam risiko tahu kalau aku pakai. Firstly, aku boleh kena pecat. Second aku boleh kena tuduh mencuri. Third aku maluu. Biarlah orang nak kata aku ni nerd sangat sebab sampai benda tu pun tak sanggup, pergi jahanam lah. Tapi kemudian tu dia pakai balik baju tu, alasan baju puith dia kotor tapi dia pakai dah behari-hari siap bawak pulang. *masalah anggaukan kecantikan

5. Marah aku sebab pergi sembahyang lama-lama, dia tak solat boleh lah cakap and dia cakap dekat aku sebab aku kan tak pakai sarung tangan so dia tegur aku sebab tak tutup aura tapa semua, okay aku salah sebab tak tutup aurat tapi kalau korang tengok seluar dia, dia perkecikan kunun nak kasi skinny lah tapi memang kecik gila sampai semut pun tak boleh lalu. Kalau muda, lawa la juga buat skinny ni kalau macam dia.. Selamat jalan romeo jela, dah macam janda sempit dah. *Pegangan akidah yang terpesong.

6.Suka kutuk orang, suka mencarut macam-macam dia gelar orang seperti sengal, biul, binggai, bahalul, bodoh, cibai ahh banyak lah. *Mulut jahat


Astarfirulahalhazimm, jahat gila mulut aku kutuk dia aku taknak jadi macam dia, suka mengata orang. Haha. Sorry but inilah cara aku express diri aku yang lama terpendam :)
Kasalamualaikum

Tuesday, 14 February 2012

A Day Out

Pada 14/2/2012 hari selasa atau orang kafir cakap valentine day , aku and sahabat dua pondan aku yang bernama amira dan amira, ok kenapa ada dua amira ? haha. Nama diorang memang sama. Ok straight to the point, kitaorang pergi jog pagi tadi tapi seperti biasa jog dengan amira fr takkan pernah penat sebab dia kejab-kejab berhenti rehat haihhhhhh. Tapi nvm lah, sekurangnya pecah juga la lemak aku sikit-sikit.
Sebab bosan duduk rumah, kitaorang pergi lah jengjalan jusco betiga. Pastu jumpa la membe sekerja aku dekat sana. Awww rindunya nak kerja sana balik <3 tapi takpa, nanti aku start balik kerja sana. Jalan sana sini pastu makan mee apa entah then jalan balik. Pastu ada time kitaorang jalan tu, amira fr nak beli papa roti so aku pun suruh diorang pergi beli dulu sebab aku nak pergi bank nak tengok duit gaji aku dah masuk ke belum tapi seperti biasa belum masuk lagi -..- kebetulan aku terserempak dengan Qayum budak pekerja pizza hut dekat jusco and dia pernah kerja dekat tempat aku kerja ni before so kitaorang kenal gitu-gitu hal jela. Tetiba dia tegur aku and mintak num, aku mula-mula taknak kasi. But bila orang mintak num facetoface ni aku jadi susah nak menyebut ayat ‘takboleh’ tapi aku cuba la tapis-tapis ayat tu but memang tak menjadi so aku kasi jela then dia tanya aku ‘kau ada bf?’ aku cakap jela ‘tak’ then dia kata ‘asal kau tak kapel?’ aku cakap ‘tak minat la kapel-kapel ni’ then dia cakap ‘kalau aku mintak kapel?’ aku jadi macam keras bila dia tanya tu tapi dengan spontan nya aku cakap ‘entahlah, kawan je kot’ then aku kasi alas an yang membe aku tengah tunggu aku then terus blaa. Sumpah macam tak malu langsung oh. Takut aku.
Jalan punya jalan dah nak dekat pukul 5, oleh kerana mira fr nak sangat balik awal so kitaorang pun follow jela. Haihhhh semua idea mira hamirudin lah nak tunggu bas dekat situ kan dah basah kuyup Niat suci taknak kacau mak bapak mira hamiludin suruh ambik kitaorang balik tapi takdir dah jadi begitu so kena juga lah mintak tolong mak mira. Hujan lebat dengan ditambahnya petir dan kilat dan suasana yang seram.. And paling gila dia suruh duduk bawah pokok sebab dia cakap taknak kena hujan! Oleh kerana kebijaksanaan si fara Einstein yang memberi definisi akan bahayanya jika kita duduk dibawah pokok apabila kilat dan petir belaku diorang terus berubah tempat.haha, Kitaorang lari masuk kedalam jusco. Habis semua baju basah, kitaorang lepak dalam toilet keringkan badan dengan dryer pastu gelak-gelak macam takda apa yang belaku. Gila oh! Haha.